Kongsikan apa sahaja yang anda ingin simpan — daripada kuliah, buku, atau video. Sertakan sumbernya sekali supaya rakan lain boleh mencarinya semula.
Elakkan menyalin panjang-panjang. Menyalin tulisan orang lain secara keseluruhan tidak adil kepada penulis asal dan boleh menimbulkan isu hak cipta. Paling senang dibaca ialah tiga ayat mengikut kefahaman anda sendiri.
Tidak mengapa jika kemudian anda sedar ada salah faham. Betulkan sahaja dalam komen — itu pun satu rekod yang berharga.
