← Senarai

Bersama ›Kepakaran Saya

[Langkah] Duduk sekejap lepas urus mak sebelum tidur

Lepas siapkan mak tidur malam, biasa saya terus sambung kerja rumah lain.

Beberapa minggu ni saya cuba duduk je kat dapur sekejap dulu, minum air suam, sebelum sambung apa-apa.

Malam yang sempat buat macam tu, gatal masih ada tapi tak sampai buat saya terjaga berkali-kali macam biasa.

Malam yang kerja bertimbun sampai terlupa duduk sekejap tu, balik macam dulu, garu sampai lewat.

Belum berani kata dah selesai, bila mood terganggu sikit pun kulit tunjuk reaksi jugak.

Setakat ni, kalau badan sempat berhenti dulu sebelum sambung kerja rumah, malam tu selalunya lebih senang.

Komen 0

  • Belum ada komen.
Lihat Semua Senarai Hantaran →